Saturday, 22 June 2013

For student !

Assalamualaikum ..

tak tau nak start macam mana .. aku nak share tips sikit .. baru2 ni , aku ade pinjam buku dari akak bilik sebelah . tittle dia NOTA HATI BUAT PELAJAR . best sangat baca buku tu . n lepas baca buku tu , aku rasa macam ada semangat nak belajar . haha .. so , aku nak share ngan korang . kut2 , jadi lebih bersemangat after this . bukan kut2 dah , tapi memang confirm ,.. haha ..

aku tak ingat sape penulis dia .buku tu pulak aku dah bagi balik kat akak tu . yang aku ingat sikit2 je . so , sorry arr kalau tak berguna sangat .. Poyo betul lar .

1 : Jawab soalan senang dahulu kemudian yang susah

before exam , mesti kita buat revision kan . buat latihan , jawab soalan2 latihan n macam2 lagi arr. kalau jawab soalan , bukan semuanya senang . ada gak yang susah . yang terlebih susah pun ada . haha. mengikut buku tu , kita kena jawab soalan senang dahulu , yang susah jwab kemudian . tau kenapa ? * geleng kepala*
okey , shhh . nak bagi tau rahsia sikit . kalau kita jawab soalan susah dulu , confirm mood kita melayang sampai ke negeri PARIS . kalau tak sampai paris pun , london pun jadilah . maka , kita akan angkat tangan n close the book . ni aku lar .. kalau korang tak tau arr macam mane . straight to the point , jawab soalan senang dulu akan buat mental kita bersedia untuk soalan yang susah . contoh arr , kalau jawab soalan susah terus , kita akan rasa something cam serabut gituh . especially subjek yang tak disukai . bila jawab yang senang dulu , kita akan rasa bersemangat . contoh kann .* larr , senang sangat subjek ni . aku jer yang pelik , ngokngek arr . jawab lagi arr .. kut2 , lepas ni dapat A ker .. Aamiiin * 

 2 : 10 minit sebelum tidur

yang ni , memang susah nak amalkan . sebab nyer , bila dah mengantuk kita takkan cari buku . kita cari katil , bantal , selimut , bantal peluk n mcm2 ar. tak gituh sahabat2 sekalian .? haha. apa kata lepas ni , before tidur kita grab buku yang dekat ngan kita . tak kisah arr bm ker , math ker , geografi or sejarah sekalipun . cuba baca sikit2 sebelum tidur . after baca doa tidur , ambik mane2 buku . tak leh baca sehelai , sebaris pun jadilah . ni aku baca lam buku tu arr . dia kata masa tu berharga . mane tau , apa yang kita baca time tu betul2 terpahat lam otak kita kan .. kuasa Allah , siapa boleh lawan ! entah2 , apa yang kita baca sebelum tidur tu, part yang masuk exam . ha .. menakjubkan ! tak nak baca , tengok pun takpe . jeling2 , pandang2 , apa lagi eh ? haha ... try arr buat ..

3 : Tanya yang lebih arif

aku selalu gak buat macam ni . tambah2 , aku duk kat hostel . lagi senang . soalan yang aku tak faham , aku akan tanya akak2 yang pandai n baik . kalau yang garang , aku tak tanya arr . tak pasal2 aku yang sakit hati.. selalunya soalan math yang aku tanya . kita kena tanya kalau tak faham . bak kata pepatah "malu bertanya sesat jalan " sesetengah orang tu , kalau dia tak faham dia tinggal macam tu je soalan tu . esok pagi pergi sekolah , tanya kawan jawapan dia . bukan nak tanya cara nak dapatkan jawapan tuh . faham??

4 : Jadikan kegagalan sebagai semangat

pernah tak korang gagal nak dapatkan A dalam sesuatu subjek ? aku memang selalu arr . time first exam , aku just dapat sikit sangat A . tapi , disebabkan result exam tu arr , exam mid year aku meningkat .. aku rasa lebih bersemangat sebab nak tingkatkan aku punya prestasi . cuba bayangkan kalau kita gagal , kita teruskan je dengan kegagalan tu . apa jadi ? result kita terus down n tak kan meningkat . nak ker macam tu ? ada student yang pandai n sombong akan cakap macam ni " alah , aku kan pandai . result hari tu kan okey . takpe kut , kalau aku study sikit2 je untuk exam yang lain " tup2 , dapat result yang down . ha ! ambik kau .. so, jangan sedih kalau kita tak dapat straight A . ubah ia sebelum terlambat . buktikan yang kita semua boleh berjaya . buat yang terbaik guys . chaiyokk !!

setakat ni dulu okey . hope apa yang aku publish ni dapat bagi faedah kat korang . siapa yang tak nak berjaya kan ? exam PMR , SPM n lain2 pun dah dekat . jangan leka . cukup larh dengan kegagalan exam bulanan . tapi , jangan sampai exam sebenar pun kita buat main2 . ingat tu !

bye bye