Friday, 30 August 2013

Ibu

Assalamualaikum

sebelum pape , aku nak tanya dulu . kenal tak ustazah Norhafizah Musa n  ustazah Wan Nor Ainon Wan Abdullah ?? diorang ni penulis buku Dari Lubuk Hati Ibu . aku baru je khatam buku tu . buku ni pasal harapan seorang ibu terhadap anaknya . korang mesti baca ! 

kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu . ibu kita menggunakan seluruh tenaga beliau semata mata untuk melahirkan kita . 
biar terpulas urat dan sendi .. biar putus urat ibu disana sini .. biar berplastik darah yang tumpah ke bumi  .. biar tidak tentu arah lagi denyut jantung ibu .. biar naik tinggi tekanan darah ibu , biar nyawa terasa di hujung tanduk.. dirimu harus lahir dengan selamat .. bayi yang ibu kandung harus hidup untuk menjadi anak yang SOLEH / SOLEHAH .. 

yess , that 's the fact ! ibu ,, betapa besar pengorbananmu .. mampukah kita sebagai anaknya membalas pengorbanan itu ? sudahkah kita menunaikan harapan dan impian ibu kita ? dari saat kita dilahirkan hinggalah kita seusia sekarang .. yang menyediakan pakaian kita ,, yang menjaga makan minum kita .. tak terkira pengorbanan mereka sahabatku .. 

kita merengek meminta susu ,, ibu kita terus bangun dari tidur untuk menyusukan kita . tapi , kita ? ibu mintak tolong basuh pinggan sikit . kita jawab apa ? " alaaa , ibu ni . kakak nak main fb nih . " " sekejap lagi buu " kalau ada yang terus melakukan apa yang disuruh , alhamdulillah .. agak agak , terguriskah perasaan mereka mendengar jawapan kita ?aku sendiri pun kekadang tanpa sedar melakukan kesilapan . sama sama kita berubah . gembirakan hati ibu kita . tunaikan permintaan mereka . tapi , jangan dilupakan ayah kita . 

Semuanya kerana Ibu ( from that book to you )
Kita lahir dari perut ibu ..
Apabila dahaga , yang susukan kita .. ibu                                                   

Apabila lapar , yang menyuapi kita .. ibu
Apabila sendirian , yang selalu di sampingku.. ibu
Apabila bangun tidur , aku cari .. ibu
Apabila nangis , orang pertama yang datang .. ibu
Apabila ingin bermanja , aku dekati .. ibu

Apabila aku ada masalah , yang paling risau .. ibu
Kalau pulang ke kampung , yang selalu memberi bekal .. ibu
Yang selalu memuji aku .. ibu
Yang selalu menasihati aku .. ibu
Apabila aku ingin kawin .. orang pertama aku datangi dan minta persetujuan .. ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri ..
apabila senang aku cari .. pasanganku
apabila sedih , aku cari .. ibu
apabila bahagia , aku peluk erat .. pasanganku 
apabila berduka , aku peluk erat ... ibuku
apabila sambut Hari Lahir , akku beri hadiah pada pasanganku
apabila sambut Hari Ibu , aku cuma dapat ucapkan " selamat hari ibu "           
                               

selalu , 
aku ingat pada pasanganku                                                                    
selalu , 
ibu ingat padaku 

saat ibu kita sakit ..
berapa banyak yang samggup menyuapi ibunya ..
berapa banyak yang sanggup mencuci muntahnya ..
berapa banyak yang sanggup membersihkan najisnya ..
berapa banyak yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya ..
dan berapa banyak yang mendoakan ibunya ..

selepas aku khatam buku Dari Lubuk Hati Ibu .. aku mula pasang azam baru . ibu bapaku harus bahagia . sahabat sekalian , jadilah anak yang selalu membuatkan ibu nya gembira . jangan biarkan ibu kita mengalirkan air mata kerana perbuatan kita . bukankah syurga itu dibawah tapak kaki ibu ..

fikir fikirkan dan selamat berubah . segala kesilapan harap dimaafkan .

Friday, 16 August 2013

Merapu .

Assalamualaikum

before aku pergi hostel , aku teringin sangat nak update blog . biar tak de idea pun . takut takut nanti rindu pulak kat blog nih . terima je apa yang aku nak update nih oke . kalau merapu sikit sikit tu , maafkanlah diri ini . piece yaww ! =D

haritu , aku ada baca satu blog ni . Ya Allah , bagus kot apa yang akak tu blogging . aku terbaca entry yang bertajuk ' ustaz dan wanita ' kalau korang nak baca jugak , tekan SINI . lepas baca entry tu , aku termenung sejenak . rasa macam terkena kat diri aku je . tapi , aku tak COUPLE . tidak sama sekali . 

eh eh , pelajar sekolah YIK ( Yayasan Islam Kelantan ) , are you ready for the trial ? haa ! good luck kat korang . do the best oke especially PMR's victims tu . cikgu aku kata , soalan YIK lagi susah dari soalan sekolah kerajaan . i don't know why but it's true . no wonder aku dapat sikit A berbanding kawan aku yang belajar sekolah kerajaan . bhahaha

aku pernah rasa macam nak pindah sekolah . alasan aku :: - tak best arr sekolah kat sini . tak der laki . macam sunyi jer sekolah tanpa gurauan lelaki . aku fikir macam ni sebab kat sekolah rendah dulu , budak lelaki dalam kelas aku nakal . haha . gelak sakan aku kalau diorang kena marah kat cikgu . 
tapi , aku cepat cepat sedar . di sekolah MMP larr , aku kenal agama dengan lebih mendalam . di sekolah MMP larr , aku ditarbiyah . lagipun , aku tak boleh pindah sekolah . sebab aku terikat dengan asrama . tak boleh pindah selagi tak habis contract . ceewah . korang tak faham ? takpe , tak perlu faham oke . haha .

aku tak suka membaca . tapi , aku suka jawab soalan . kalau aku tak tau jawapan dia , aku akan tembak jer . haha . aku malas nak pi rujuk buku . sebab tu , kalau buat latihan memang banyak arr salah . especially , subjek geografi . tapi , exam sebenar ... tak kut . okey , ada kutt kat belakang tuh . hati hati ketika memandu. eh , silap . hati hati ketika menjawab soalan . hahaha . 

haaa , tengok ! ' dia ' tak datang dah . macam mana nih ? kita stop je larr merapu . haha . ' dia ' means idea . bbhahaha .. LOL . insyaAllah , boleh tutup majlis dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr . hah ? macam larr bukak majlis tadi . btw , ni majlis ker ? bukan lar ngokngek . oppss ! terkeluar .

oke , dah puas aku merapu . sorry for my wrongdoings . doakan aku for the trial oke . semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat . Aamiin .