Saturday, 30 November 2013

Kunci Hati . Apakah ??


hye readers !

you know what ?? hari jumaat iaitu 29-11-2013 aku dapat satu pengajaran . satu pengajaran yang amat bernilai untuk aku . well , aku kan seorang remaja . macam yang korang tahu , time macam ni lar akan ada banyak dugaan hidup . banyak sangat . pernah sedih . pernah gembira . semua dah kan . sungguh , waktu remaja adalah waktu yang sangat best . nak tahu apa aku dapat ?? keep reading till the end okep .


Lepas aku solat zohor kelmarin .. aku spend time dengan my sister . aku tanya pendapat dia pasal something . lama sangat kitorang borak . borak pulak pasal LELAKI . seriously best gila dengar my sista cerita . almaklumlah ,, aku kan sekolah perempuan sahaja . so , kawan aku semua pompuan la kan . bila dengar akak aku cerita tu kan , aku cakap lam my heart " wahh ! hebat nye akak aku . " bangga aku jadi adik dia wey . ( kalau dia baca confirm dah terbang tinggi .) even kitorang always gaduh . especially bila dia menceroboh privacy aku . siapa tak marah kan ? ada ke patut dia baca message aku . tak patut langsung ! haih .. geram aku . tahu tak kenapa aku cakap dia hebat ?? sebab dia hebat la wey . hehe . aku tak reti nak bagitau korang macam mana .


most important part is , bila dia sebut pasal KUNCI . apa kaitan lelaki dengan kunci ?? ni bukan sebarang kunci tau . haha . tak perlu berteka teki . meh aku nak gi tau . my sista pesan suruh aku kunci hati aku . tutup hati aku serapat rapatnya . kau tahu kenapa dia suruh aku kunci hati aku ? sebab aku masih terlalu muda untuk bercintan cintun ni . aku baru 15 tahun . too young for love beb ! tapi , aku tak leh nak elak bila mana perasaan tu hadir . well , perasaan itu adalah fitrah right . so , apa yang perlu dibuat ? kawal nya dengan iman . iman aku ?? nipis sangat sangat wey . memang la aku budak sekolah arab . macam macam tarbiyah aku dapat . aku manusia . manusia yang mudah goyah . susah wey . nak istiqomah tu . susah sangat .
 agak agak dengan siapa eh kunci kepada hati kita ?? biarlah rahsia buat sekarang . haha .


my sis cakap ... dekat universiti nanti lagi ramai yang akan keluar masuk lam our life . kau tak paham ? apa derr kau ni . belajar pandai , ayat macam ni pun tak paham ?? kau nak tau tak yang sebenarnya kan aku sendiri tak paham . heee ~ jangan marah katku eh . tapi yang pastinya ,, kita kena handle betul betul perasaan kita ni . just kawan okey . kau and aku kawan semata mata ! kawan sahaja . no feeling feeling ni . kalau kau rasa dah minat kat dia kan ,, kau jumpa wali dia eh . haaa ! kalau minat kat aku kan , meh arr datang rumah aku . jumpa my father yang tegas tu . ada berani ?? aku cabar ni . hahahaa . eh eh , ada ke yang minat kat aku ?? macam takde je . macam ramai je . macam apa lagi wey . oke dah dapat . macam cantik je . macam takleh blah je . macam ... kau sambung sendiri .
sorry arr wey . aku sehari dua ni tak berapa nak betul sangat . sebab tu jadi macam ni . entah apa aku taip saat ni .


tapi satu je aku nak pesan . untuk diri aku and untuk korang . pesanan ni aku ambil dalam my sista punya buku .

Kita ada keluarga yang sentiasa menyokong dari belakang . kita ada kawan kawan untuk meluahkan perasaan apabila menghadapi masalah . kita ada Allah yang akan sentiasa memberi petunjuk kepada kita . kita ada ilmu untuk diguna pakai dalam memikirkan langkah yang harus diambil dalam kehidupan . Kita ada segalanya dan kenapa kita perlu mencari cinta ?? masih banyak yang perlu ditempuhi dalam kehidupan ini . Percayalah , CINTA akan hadir apabila sampai waktu yang tepat ..

 understand ?? i don't deserve to speak about love . it's not for my stage . so , what to do now ? bercintalah dengan Allah dahulu . jom sama sama date dengan Nya .


tapi kan , kau pernah tak rasa minat kat somebody ? tak pernah ?? hebat arr kau . aku ada lar minat somebody  ni tapi ... i don't know arr . emm , biarkan ia begitu . haha . malas aku nak layan perasaan camni .

jom berubah . aku akan kunci hati aku from now . so , " kamu .." jangan cuba untuk membuka nya kerana belum waktunya .  siapakah " kamu ??" entah , aku sendiri pun taktau ! kau tengok pic bawah ni . siap letak mangga dekat hati dia . bagus bagus . bhahaha

 jeng jengjeng . haha . tau hati sapa ni ?? ni lar hati puan google kita .
aku tak curi . aku ambil tak mintak izin je . 
cantik kan hati dia . siap ada lingkaran ubat nyamuk lagi . kau nampak tak lingkaran tu ? 
hurmm , habis la aku kena marah dekat incik google sebab ayat aku tu . maaf pak google , saya cuma mau gurau kok . maaf ya . 
seeee , baik kan aku ? lepas cakap macam tu , minta maaf balik . baik kan aku .. hehehe

so , i'm gonna stop here . thanks lar wey sebab sudi spend time baca apa yang post ni . and sorry kalau ayat aku kasar or pelik . aku dah lama tak belajar tatabahasa . grammar pun sama . sorry derr . * lambai tangan *
bye bye .


Friday, 22 November 2013

Appreciate


now , cuti kan ? kalau cuti takyah lar pi sekolah . hurm , students memang suka cuti . tapi , cuti ni MEMBORINGKAN kau tau tak ? unless la kalau boley pi jenjalan with family . hang out dengan kengkawan . or buat homework yang cikgu kasi tu . homework ?? sudah dihapuskan sejak aku habis exam PMR hari tu . bhahaha . tapi aku yakin ia akan muncul kembali next year .

next year me dah form 4 . 16 tahun . macam tak percaya je aku dah upper form . dengan ketinggian aku yang memang cute ni . confirm la ramai tak percaya aku dah upper form . haha . oke , teringat kat asrama pulak . ada budak form 1 yang baru masuk hostel tanya aku .form berapa . then , aku jawab la " me , dah form 3 " . dia cakap macam ni " la form 3 ke . ingatkan baru masuk jugak . patut la nampak macam dah biasa duk kat hostel . " eh ? budak ni .. aku sengkeh kan .. lam hati la . kalau aku cakap terang2 , mahu dia fikir aku ni pembuli . walhal , aku ni baik terlebih dah . aku pun senyum je la kat budak tu . buat buat baik . ehehe

rindu . yupp , rindu kat bilik aku . setakat ni , bilik tu la yang paling best pernah aku masuk . kau tahu ? sudah terang lagi bersuluh kau taktau kan . waahh ! bangga cikgu Murnee tengok aku guna peribahasa lam blog ni . haha . oke . yang aku maksudkan tu bilik 3C .. dua tahun setengah kott aku duk dalam bilik tu . tupp2 , tetiba ada orang dengki . dia suruh aku masuk bilik 10A . dahla main paksa paksa . kesian kat aku . tapi , lagi kesian kat roommates aku seramai 20 orang (kalau tak silap la ) tu . hehe . sebab kehilangan aku yang memang baik ni . al-mulk together gether , makan pun sama sama , tidur sama sama . buat homework sesama . buat bising sekali . dah macam one big family .

 tanpa mereka maybe bilik 3C tak kan jadi osem . 
sebab yang sorang suka menyanyi . yang sorang lagi suka bebel . haha .lengkap . 

ni lagi sorang . budak chubby ni tidur sebelah aku . 
selalu kacau aku especially time aku nak tidur . aha . rindu kamu la . 
dia selalu gak bagi aku bedtime story . last2 , dia cakap sengsorang . 

time aku nak exchange bilik kan . diorang ni ego gila nak mampus . siap berebut nak guna loker aku . aku tak kemas lagi barang aku . diorang ni dah cop dah . " kak ika , after this orang nak guna loker kak ika oke " aku tahu la loker aku cantik , kemas . dah la , tempat strategik . tapi , kau sabar la . aku tak nak kemas barang2 aku tu . biar mereka yang nak aku pindah bilik tu datang ambil . kau nak aku masuk bilik kau sangat . pandai pandai kau la ambil barang aku . seriously , aku geram gila2 . i don't want to leave that room . taknak . but , when it's destiny .. what can i do ??


tu pasal hostel . now , sekolah . lama dah aku tak dengar cikgu bebel sebab tak siap buat homework . lama dah tak buat essay . lama dah tak buat tahik mata lam kelas . sejak PMR habis , semua dah hilang . aku rindu nak borak dengan kengkawan . hope sangat kita sekelas lagi next year .

that's part of my school . 
blok ni untuk student form 3 , form 4 akaun n eko , form 5
padang yang sangat luas n sekolah yang penuh dengan warna hijau
awesome school eva
and of course . i'm proud 2 be ma'ahadians

kau . ye kau . kau ada kawan tak ? i mean kawan yang gila gila . kawan yang betul betul paham korang . hargai lah dia oke . sebab susah nak cari kawan yang macam tu . hurm , sejak aku masuk bilik 10A , aku rasa macam tak de semangat . rasa terbeban . rasa nak nangis selalu . sebab kena pikul amanah yang tak terkira beban dia . dalam kelas pun selalu aje dapat pangkat JENERAL . bangga wey . haha. tapi , nasib baik .. kawan aku ada . dia always bagi letter katku . letter yang penuh dengan kata kata semangat . bila aku TERtidur , dia pun kejutkan aku . dia akan cakap macam ni " wey bangun lar , esok PMR .. kaba dop ?" see .. ayat dia buat aku rasa macam nak ketuk balik kepala dia . tapi , sebab ayat tu la . aku akan cuba buka mata aku seluasnya . especially time sejarah and bahasa arab . mengantuk wey . tambah dengan letih . aku tak de gambar dengan dia . sebab my camera dah rosak . lagipun , dia tak suka bergambar . i don't know why . but , it's okey as she's always in my heart .

kawan ni jugak lah yang selalu bagi aku hadiah . hadiah yang paling aku suka . Bola kaca a.k.a crystal ball .comel je benda tu . now , aku dah ada 3 bola kaca . dua ada lampu and satu yang biasa. sangat la terharu . aku tak nak kehilangan kau kawan . terima kasih sangat sangat . aku harap kita dapat naik pentas sama sama . ambil result 9A oke . in shaa Allah . amiin .

apa lagi eh nak cerita ? emmm , tak de dah kott . now , conclusion dia ::

hargai segalanya sebelum terlambat . hargailah sesape yang ada sekeliling kau tu . jangan buat mereka sakit hati dengan perangai kau . tambah tambah kalau kau duk hostel . kat hostel ni , kau kena cari kawan leklok . sebab diorang boleh mempengaruhi kau . so ,bila dah jumpa tu .. hargai la betul2 . jangan tikam dia pulak . nanti masuk penjara . eheh . main point dia , hargai semuanya sebelum terlambat . oke bye bye .


p/s : sori if story kali ni tak best . aku tak tau nak update pasal apa . so , ni la jadinya. haha .

Thursday, 14 November 2013

Lesson learned from SIS


Olla readers ! annyeong haseyo !
hari ni result upsr keluar . so , congrate kat mereka2 yang berumur 12 tahun tu . sebab dah berjaya buktikan kat mak ayah korang . bila masuk sekolah menengah nanti , korang akan alami satu perubahan . hehe . papepon , all da best from  me k .

well done adik2
 kalau dulu aku tunggu result upsr dengan penuh debaran . even dapat straigt A's , air mata tetap mengalir . alhamdulillah . tangisan kegembiraan . ermm , wat about pmr ? aku dah jawab sehabis baik . so , serahkan segalanya pada yang Maha Kuasa . tapi , aku teringin naik pentas pulak . and of course tangisan kegembiraan yang aku nak hasilkan . tak nak tangisan kesedihan . mintak jauh lar . hehe 

lesson learn from SIS today ::

adik2 yang dapat straight A's kebanyakannya happy sesangat . oh , sudah tentu la kan . dapat buat mak ayah bangga . tadi , ada sorang adik laki ni . dia dapat straight A's upsr . mak ayah dia ada sekali . lepas je naik pentas , terus dia tunjuk result kat mak dia . mak dia apa lagi . terus peluk adik tu . bila adik tu tengok mak dia . dia nampak ada air mata kat pipi mak dia . then , slowly aku tengok dia pun turut menangis . not long after that , dia pun lap air mata dia . malu latew ! cover ! haha . adik , akak dulu pun macam tu jugak . nasib baik ada tisu . kalau tak , tak tau la apa jadi . haha

buat yang tak berjaya dapat straight A's , don't worry k . mak ayah korang still support korang . so , jangan siakan kepercayaan mereka . tebus kesilapan kamu tu . bagi balik kejayaan untuk mak ayah kamu ..
* stop nangis and senyum * bagi nampak gigi tu . =D wakaka

nak katanya kat sini . mak ayah kita nak sangat tengok kita berjaya . nak sangat tengok kita bahagia . so , apa yang kita nak lakukan ? nak balas jasa mereka ? buktikan kat mak ayah kita yang kita boleh jadi seperti apa yang mereka inginkan . hadiahkan keputusan yang excellent tiap kali exam . jadi anak soleh / solehah . ermm , tapi bila dah besar ... ingaat ! jangan lupakan mak ayah . selalunya , anak2 ni . bila dah besar and berjaya , dia tak ingat dah kat mak ayah . sampaikan ada yang sanggup hantar mak ayah dia kat umah orang tua . hey ! sedar ke tak hah ??! jangan jadi macam tu k . # note for myself too =)

to my parents ..
thanks sebab didik angah . thanks sebab jadi parents angah . i love you mama and abah . in shaa Allah , angah akan jadi the best daughter for both of you . thanks sebab hantar angah kat MMP . angah dah jumpa apa yang dicari .:')

korang , before tidur minta maaf tak ngan mak ayah ? aku kekadang je . malu kan ? hurm , sepatutnya kita buat hari2 . sebab kita tak tau kut2 mak ayah ada terasa ngan kita . so , why not after this kita try minta maaf ngan mak ayah sebelum tidur .

remember : tanpa mak ayah kita , tak mungkin kita dapat lihat dunia hari ini . jangan lupakan jasa mereka .
                        

 lastly , congrate again kat adik2 . sebab dah berjaya
melepasi upsr dengan jayanya ..

CONGRATULATIONS ,
YOU DID IT !