Thursday, 5 June 2014

Thanks :)

Assalamualaikum

Saat itu, hanya Tuhan yang tahu betapa geramnya aku dengan situasi waktu tu. Ketika mana orang lain sibuk baca novel. sibuk buat homework, study bagai. Sibuk nak tengok cerita korea dekat laptop. And aku?? terpaksa melalui detik detik berada dalam program yang tak rasmi. Dianjurkan oleh senior exco untuk kami, 7 orang para junior exco. Tamrin binaa ul-jundi pada waktu cuti sekolah.

Kalau nak kira, aku okey je. But when it comes to KD DISIPLIN.... semua jadi ketar lutut. muka pulak memang takleh blah ah. masam gila nak mampos. kalau nak bandingkan dengan gula gula paling masam kat dunia, aku rasa muka kitorang lagi masam kott. eheh.

" Okey, inshaaAllah kami berdua sebagai kd disiplin. Dalam masa 3 minit syura ketua. " kata Kak Syahirah

" Times up. So, sape ketua? "

" Hmm, Solehah ketua. " ucap salah seorang dari kami

" Dalam masa 3 minit, Kak Sya nak tiga taklifat dari korang. "

Setelah berbincang bagai, kitorang pun cakap ah taklifat tuh.

" Baca quran sekali ngan tafsir?? Tu benda wajib untuk pimpinan. Ke tak buat ? Tukar. "

" K.Sya, taklifat kami .. 1: Solat sunat sebelum subuh.(yang cuti, selawat 11x) 2: Al-khafi tiap2 hari(.yang cuti, baca maksud dia) 3: istighfar 100x " kata Solehah selaku ketua kami untuk tamrin ni.

" And ni taklifat dari kami. Qiam wajib tiap tiap hari. "

^^^^^^^^

And sejak ada tamrin tu laaa, kami 7 orang tak suka lepak dalam bilik. Kalau boleh taknak jejak pun dalam bilik tuh. buat sakit hati ada. Timbul la perasaan menyampah dalam jiwa aku. Menyampah gila tengok muka akak akak.

And again, when it comes to DISIPLIN

" Assalamualaikum. " kata kak syahirah

" ........ (jawab salam dalam hati sebab takut) "

" Macam ni pemimpin? Orang bagi salam pun takleh nak jawab "

" Err, wa'alaikumussalam warahmatullahiwabarakaatuh "

" So, taklifat semua beres ? Okey, Kak sya nak semua berdiri. "

Dengan hati yang berdebar, kami pun berdiri.

" Sape tak buat solat sunat sebelum subuh bergerak satu langkah ke depan."

Aku and 3 orang lagi pun gerak satu langkah ke depan. Kami disoal siasat

" Ika, kenapa tak buat solat sunat sebelum subuh ? " tanya Kak Syahirah

" Err, bangun lambat. Tapi dah ganti dengan selawat 11x. " jawab aku

" Hmm, bagus. Undur balik. Yang lain ni , cuti eh ? "

*Angguk*

" Takleh kejutkan mereka? Macam mana ukhuwah korang ni hah?! "

" Dalam masa 3 minit, fikir denda yang sesuai untuk korang " kata Kak Hafizah selaku kd disiplin.

-----

" Kitorang nak angkat tangan ke atas selama 5 minit. " Solehah berkata setelah keputusan dibuat.

" Takkan nak habiskan masa 5 minit macam tu je?? okey, istighfar kuat kuat sambil buat tu."

' Ya ALLAH, sakitnye tangan aku. Lambat lagi ker?? ' luah aku. dalam hati.

" Okey. Nasuha, cerita sikit apa yang awak tahu tentang Aisyah."

------

" Itu je? Kalau setakat basic macam tu, aku pun tau ah." bentak kak hafizah

* semua senyap + terkejut + takut *

" kalau macam ni ukhuwah korang, boleh dikatakan FAIL !. Adik adik akan pegang tampuk kepimpinan asrama nanti. Kitorang nak turun dah. Tak jadi exco dah. Tak duduk dalam bilik ni dah. Macam mana nak jaga asrama kalau ukhuwah adik adik  macam ni? Tolong lah, baiki ukhuwah korang. " kata Kak sya..


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Malam last tu bagaikan satu kegembiraan buat kami. Derita itu akan berakhir !

Setelah main check point sikit sikit. dengar tazkirah. kena denda. denda yang pergh mantop beb.

Akak akak semua pun luah segalanya.

" Adik adik, pembubaran tanzim dah tak lama. Kitorang semua akan keluar dari bilik exco. And adik adik yang akan jaga asrama. Kalau perangai adik adik still macam ni, tak berubah. Macam mana nak jaga 700 orang pelajar asrama ni ? Nanti bakal bakal exco akan masuk bilik. And korang yang akan didik mereka. Mereka langsung tak tahu apa apa tentang pimpinan asrama ni. Ubah la perangai tuh. Ingat, bukan senang nak jaga asrama yang ada 700 orang pelajar ni. Adik adik kena kuat. Sebab tu ukhuwah tu penting. Bila sorang jatuh, orang lain boleh bantu dia untuk bangun balik. Ingat adik adik. "

Ada lagi ayat ayat dia. Menusuk kalbu. Sebak sangat sangat dengar kata kata tu. Mereka menangis. Dan air mata aku turut mengalir. Baru aku faham. 

^^^^^^^^^^

Tak sangka tamrin yang tak rasmi tu bagi banyak benda kat aku. Thanks seniors sebab didik kami. Didik kami agar jadi pimpinan yang mantop. Untuk asrama. InshaAllah, zaman pemerintahan kami akan jadi lebih baik dari zaman akak  semua. InshaALLAH.

Aku sayang mereka. Sayang sangat sangat. And one more, perjuangan tidak pernah mudah. so, carilah sahabat dalam perjuangan. dan jangan lupa,,, banyakkan tahajjud. * peace * eheh