Orang - orang yang menunaikan solat mereka dalam keadaan kelam - kabut akan hilang penghayatan dan khusyuk mereka . Mereka ini disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai pencuri.
Sabda Rasulullah SAW "Seburuk - buruk pencuri ialah mereka yang mencuri dari solat mereka".
Maka sahabat pun bertanya " Ya Rasulullah, bagaimana mereka mencuri dari solat mereka?"
Rasulullah pun menjawab " Mereka yang tidak sempurna ruku' dan sujud mereka ( iaitu mengerjakan solat mereka dengan pantas ) *Hadis riwayat Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah*
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasaa'i , Rasulullah melarang dari solat yang dikerjakan seperti burung mematuk makanan , iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat .
Dalam hadis lain Rasulullah juga bersabda " Allah tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara ruku' dan sujud "(Hadis riwayat Thabrani)
Maka marilah kita mengerjakan solat kita dalam keadaan khusyuk , tenang dan tanpa kelam - kabut agar solat kita tidak menjadi sia -sia dan supaya kita dapat meraih fadhilat - fadhilat dan anugerah -anugerah yang telah dijanjikan Allah .
Sabda Rasulullah SAW " Apabila seorang dari kamu hendak mendirikan sembahyang , maka hendaklah ia laksanakannya umpama solat terakhir , iaitu sama sekali tidak fikir ia akan kembali sembahyang lagi "
(Hadis Al-Dailami dari Ummi Salamah)

No comments:
Post a Comment