Monday, 24 March 2014

Serangan Jiwa

Ohaiyoo. * lambai tangan sambil tayang gigi putih berkilau* muahaha

Assalamualaikum sahabat sahabat sekalian.
Sudah lama rasanya diri ini menyepi. Kini, aku kembali dengan dunia khayalanku. Dunia khayalan yang ada kalanya menjadi realiti. Mungkin ini yang aku harus tempuhi. Serangan jiwa. Ya , serangan jiwa pada saat aku masih belum kuat untuk melawan nya. Dan kadang kala aku tersungkur.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Hey you. There's something I wanna show " cakap Sarah kepada Laila dengan penuh semangat.

 " Apa ? "

" Cuba kau tengok apa yang dia tweet ni. Aku sakit hati sangat sangat kott!!" marah Sarah

Laptop berjenama acer itu ditenung tajam.

kemudiannnn.....

" Sarah, kau sabar eh. Aku da baca sampai abes. Mamat tu jahat terlebih doss ah aku ase. Or maybe fius dalam kepala longgar . hehe " kata Laila

" Kau ni, boleh pulak buat lawak saat genting macam ni "

" Alaa, sorry ah. Aku nak ceriakan suasana sebenarnya. Tapi lain pulak jadinya. So, I have a plan.. " luah Laila sambil mengangkat keningnya penuh makna.

------
" Plan tu okey. Cuma..... "

" Kau jangan cakap tak sanggup pulak. "

" Memang itu pun yang aku nak cakap Ila. Sorry, aku memang tak boleh. Aku.... aku.... aku sayang dia Ila. Entah ar, aku pun taktau kenapa dengan aku. Sedangkan, dah terang terang mamat tu buaya darat terkenal. Susah arr wey" 

" Kau nak tau tak.. Aku rasa macam nak ketuk je kepala kau dengan senduk paling besar kat dunia ni. Biar kau sedar sikit apa yang kau cakap tadi. bukan sikit. tapi banyak. Weh, kau tu cantik. Baik. Pandai. Banyak lagi lar lelaki kat luar sana yang tengah tunggu nak salam dengan ayah kau. Kau tau tak? " 

" Ila, I'm so sory. But I can't. I can't leave him. Aku takleh buang dia dari hidup aku unless dia yang buang aku"

"Sarah, apa yang mamat tu tweet tak melambangkan yang dia nak buang kau dari hidup dia ke? hmm, takpe ah Sarah. Kau fikir balik apa yang aku cakap ni. Aku balik dulu eh. Dah lewat nih" 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya, kata kata Laila ada benarnya juga. Namun aku taknak percaya. Sebab aku takut. Diambil nya phone. Nombor Danish didail. Tapi tak dapat. ' Dia off phone kot' pujuk Sarah.

Handset berjenama Nokia itu dipandang sepi. Senyap. Tiada sebarang message atau call

' Kenapa? Kenapa awak tak message saya pun? Awak memang nak saya pergi ke ? Tapi kenapa ? Awak, jangan tinggalkan saya tanpa penjelasan. Saya perlukan awak. ' Hatinya merintih kesakitan. Sakit dengan perbuatan seorang lelaki yang dia sayangi. 

Arrggh, daripada aku terus pandang phone aku baik aku layan 'fb'

" Eh, message dari dia " Sarah tersenyum kegembiraan dihadapan cermin laptopnya.

Dan, bila dibuka message itu.



Air mata yang selama ini ditahan jatuh jua. Bukan setitik. Tapi mengalir laju bagaikan air hujan yang turun.

Sejujurnya, dia terlalu sayang akan Danish. Dan perbuatan Danish terlalu menyakitkannya.

Malam itu, dia tidur dengan air mata memujuk hati yang remuk kecewa. Sambil memikirkan kata kata Laila tempoh hari. Lalu dikaitkan dengan gambar yang diterima itu.

' Danish, sampai hati awak buat saya macam ni. Kalau itu yang awak nak, saya akan pergi. Pergi jauh dari hidup awak. Dan saat itu, awak jangan cari saya lagi!! ' luah dalam hatinya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dan kini, dia sedar...
Sedar dari dunia khayalan yang difikirkan indah. 
Sedar dari mimpi yang difikirkannya akan menjadi kenyataan. 
Namun, semua itu hanya sampah semata mata

Aku bukan aku yang dulu.
Aku ingin jadi yang lain.
Yang limited edition, inshaaALLAH

" Be like a diamond precious and rare. Don't be like a stone found everywhere "

Hanya ini yang mampu aku kongsikan ketika ini. 
Ingatlah. Lelaki memang pandai menyusun bicara. Kerana dia tahu, hati perempuan terlalu lembut.
Pesan ku..
Jaga iman. Jaga hati. Jaga ikhtilat. 

Wallahua'lam.
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haaaa, faham ker dak cerita tadi guys?? Mohon jangan ditanya kisah ni kisah siapa. Tapi ambillah pengajaran darinya. 

Assalamualaikum ^^

No comments:

Post a Comment