Friday, 20 December 2013

Hari bahagia

Assalamualaikum

Hey ! how're you readers??
congratulations to sahabat seperjuangan sebab dah berjaya buktikan yang kita boleh ! result tahun ni meletop habis.. haha.. tertanya tanya apa reaksi korang eh ? menangis , melompat tak terkata or speechless??


Belum ape ape , dah penuh message dengan pertanyaan . masing masing nak tahu result aku macam mana kan. tapi, apakan daya.... aku takde kedit nak reply.. duit pun takde nak topup. nasib baik akak aku bagi pinjam dia punya phone. so, aku pun check ah result melalui sms. kau tahu apa aku buat lepas baca message tu ? kalau kau tau confirm mulut kau ternganga. macam tak percaya je itu aku. XD . aku melompat kegirangan sambil berkata ' yeaayyy yeaayy dapat straight . ' haha. almaklumlah, budak tak matured lagi kannn. then, aku suruh mama and others cepat cepat bersiap. road to school excitedly. dalam kereta aku duk fikir apa nak buat lepas dapat result nanti. takut air mata terkeluar so, aku sediakan tisu lam beg silang aku tu..


sampai kat sekolah, aku nak masuk ah dewan Asma' . Ya Allahh, ramai sangat kott orang kat dalam tu. kau bawak semua orang ke wey mai ambil result ? don't angry yow. XD. so, terpaksalah aku berdiri sambil menyandar di tepi dinding. tercegat kat situ dengan muka tak bersalah. sedangkan aku menghalang laluan pelajar yang nak naik pentas tu. cikgu pun panggil ah student kelas 3K1 yang dapat straight. then tiba giliran kelas aku iaitu 3K2. mana la nama aku ni. benda ni ah duk main kat fikiran aku. after that.... Nur Zulaikha Bt Muhd Bakhri. wait wait ! aku tuh! naik pentas jugak aku tahun ni. alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. =D nasib baik tak terjelopok jatuh kat pentas tu. kalau tak, malu aku pada hari yang bersejarah tu. hahaha. aku berjalan dengan penuh keayuan sambil melemparkan senyuman manisku kepada cikgu cikgi.. bajet cantik ! bhahaha


berguna jugak tisu yang aku bawa. buat lap muka yang agak sweaty uh. no tears this year okep. budak lam my kelas ada 4 orang tak dapat straight. and kau tau reaksi mudir aku ? senyum tak terkata. mudir gembira yang teramat kott. sebab kami batch 98 melonjakkan nama Ma'ahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu dengan jayanya.

KEPUTUSAN PMR MMP TAHUN 2013 – PALING CEMILANG

Alhamdulillah, pada tahun ini MMP mencapai kelulusan 100%

Bilangan pelajar yang mendapat :
● 9A – 190 orang
● 8A – 79 orang
● 7A – 36 orang
● 6A – 36 orang
● 5A – 23 orang

Pencapaian PMR tahun 2013 adalah paling cemerlang apabila seramai 190 orang pelajar mendapat 9A berbanding pada tahun sebelumnya iaitu 163 org (2012), 165 org (2011), 109 org (2010) dan 88 org (1999).




senior sekolah aku cakap " adik adik jangan tinggalkan ma'ahad sebab tak nak ambil SMU tau. just stay kat ma'ahad okey " dengar tu ! don't leave MMP ! even next year kita kena belajar dua puluh lebih subjek tapi, jangan la kau pindah sekolah eh. lagi banyak kita belajar , lagi bertambah ilmu kita. tak gituh?? next year kena fokus untuk SMU and of course SPM.


" Tahniah kepada adik adik yang dapat result cun melecun tuhh.. Yang tak dapat tuhh tak usah bersedih.. PMR is not everythings.. Peperangan anda semua baru jer bermula.. Jangan anggap form4 nihh taon HONEYMOON.. form4 lahh sepatutnya adik adik kene bagi perhatian lebih " 
- pesanan from senior yang agak baik + handsome - (jangan perasan eh) heee~

terima kasih atas pesanan tersebut seniors. in shaa Allah adikmu ini akan berusaha lebih gigih pada masa akan datang. next year exam SMU pulak. after that SPM. waaa! aku semakin berumur la kalau begitu kan . kau pun sama ah :P

stop talking about PMR.


tetiba aku rasa nak buat perancangan masa depan . nanti aku umur ni, aku nak buat apa . nak masuk universiti mana. nak ambik kos apa. lepas graduate nak buat apa. and tinggal satu je yang masih tiada jawapan. nak kawin umur berapa. muehehe. yang ni aku betul betul tak tau nak tulis angka apa. yang aku tulis ialah, nak pakai baju warna biru laut kalaulah si lelaki mengizinkan. dan sudah semestinya akulah yang paling jelita pada hari itu. can't wait that day . tapi kan bersediakah aku ? * tampar pipi * eh, lupa.. SPM belum lagi. XD . hehehe


sebelum aku tamatkan entry hari ni....
aku nak ucap tahniah again buat yang berjaya. yang tergelincir tu, don't worry eh. kau pegang tangan aku erat erat. pastu, aku tarik kau balik biar tak jatuh . kalau kau pompuan takpe ah. kalau kau tu lelaki, mohon jangan pegang tangan aku. kang tak pepasal husband aku jealous. oke oke. i'm just kiddingla . relaax relaaxx . heee~ jom kita sama sama berusaha dengan lebih gigih so that we will be excellent student. ayuh ayuh bersemangatlah. 


muahaha.. sorry der. entry aku kali ni , entah pape kan.. aku mintak maaf banyak banyak atas segala kesilapan aku okey. 

bye bye . assalamualaikum . 

Monday, 16 December 2013

Aku cuma manusia biasa


Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti henti
Terkadang juga minum berdiri
Terkadang pakai stokin mula dari kaki kiri
Terkadang aci redah main sarung kasut orang lain tanpa disedari


Muslimah itu
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun lagi
Terkadang rasa marah menguasai diri
Sampai rasa nak lempang orang without mercy


Muslimah itu
Adalah manusia biasa
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya
Yang tak lari dari melakukan kesalahan dan dosa
Kerana apa??
Kerana dia cuma manusia biasa


Apapun, yang pastinya
Muslimah itu , sentiasa bangkit bila terjatuh
sentiasa cuba gembirakan hati orang lain walau hatinya sendiri remuk
sentiasa cuba untuk improve diri 
dari semasa ke semasa tanpa henti
Walau terkadang dia tersungkur
Itu bukan kerana dia lemah
Tapi kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula
Jadi kuat dari sebelumnya
Kerana dia berusaha
Untuk jadi bidadari dunia
Juga di akhirat sana


Guys , kau pernah kan rasa lemah ? aku pun sama der . rasa macam nak nangis puas puas . nak laung kuat kuat . haaa .. tapi , jangan lupa .. kita kan ada Allah . Tak kira pape pun yang menimpa kita , bersabarlah . sebab segala yang berlaku pasti ada hikmahnya . 





Ujian demi ujian akan membuat mu semakin matang untuk berfikir . Tak kisah ah apa bentuk ujian pun . Yang penting jangan lupa pada yang Maha Kuasa . 

apa apa , aku mintak maaf eh . aku pun manusia biasa juga . kau pun sama kan ? hehehe . 0-0 okey . kita mula dengan yang baru . mula dengan sesuatu yang luar biasa . biar semua orang terkejut tengok kita . okey?? semoga Allah bersama kita . Aku doakan kau . Kau doakan aku . 

Wallahua'lam


Monday, 9 December 2013

Sahabat




Kawan .. 
saat senang kau ada ,
 tapi bila aku rebah , 
bila aku jatuh .. 
kemana kau pergi ??
kau tinggalkan aku sendirian

Aku inginkan nasihat mu
Aku perlukan kata kata semangat darimu
Tapi , kau ??
Pergi begitu sahaja
meninggalkan aku yang terlalu lemah
meninggalkan aku yang sering menitiskan air mata


Alhamdulillah , aku bernasib baik kerana dikurniakan seorang sahabat yang bagiku selalu ada untukku . Susah kan nak cari kawan yang betul betul kawan ?? tapi , bila da jumpa memang la tersangat happy . tak terkata . boleh dikatakan sahabat kita lebih tahu tentang kita . hee~


Kau ada rahsia tak ?? Kalau ada something yang kau nak luah kann ,, kau luah kat family or kawan ?? Haaa! kalau kat minat kat somebody kan ,, kau tanya pendapat kawan or siblings kau ?? Eh, jap ! kau jawab tak pe yang aku tanya tuh ?? jawab eh .. kalau tak jawab aku cubit kau . sakit tau cubitan aku ni .nak rasa ?? sorry derr , aku taknak masuk penjara sebab cubit anak orang . * buat muka bengong* ada ke yang masuk penjara sebab cubit anak orang eh ?? heee,, aku tatau ah weyy ..


Kalau aku pulak kan , aku suka luah kat diary . even diary ta leh cakap , tapi best ah tulis diary . sampaikan aku pernah menitis air mata time tulis diary tuhh . tapi nasib baik tak kena kat diary aku . aku lap cepat cepat sebab tak nak bagi my sister nampak . my sista ni jenis masuk bilik orang tak bagi salam . ketuk pun tak . main terjah je . buat nye dia nampak aku duk nangis , tak ke malu ?? kang tak pepasal dia soal siasat aku . hahahaha .. Diary aku berada di tempat yang selamat and of course tersembunyi . Jangan pulak kau nak pi selongkar bilik aku semata mata nak baca diary . jangan pernah kau cuba untuk mencurinya . * macam takde kerja je nak curi diary aku kan *


Tapi , kalau kita nak tanya pendapat ,, tak kan ah nak tanya diary kan . ho ho , aku tak pernah buat okey . haaa , kalau yang ni .. sahabat sekepala dengan aku la sasarannya . kalau kau borak borak ngan dia kan ,, hilang kau punya stress tuh . dia ni pandai der buat lawak . most important is , dia suka tegur aku . well , aku kan nakal siot . nampak je muka cantik ( bukan nak bangga tapi kenyataan . hahaha . tak leh blah betul ), perangai aku .... hmmm, biarlah rahsia .. so , nak tau sape sahabat sekepala aku uh ? her name is Nor Hafizatul Izzah . kami memang gila gila . tapi gila gila kitorang pun tak de lah sampai menyusahkan orang lain . semua happy dengan perangai kegilaan kami tuh . bhahaha ..izzaaahh ,, aku sayei mu .. kito kecek klate skali skalo takpo dop ? bereh ja deh ? ko tokleh ? hok aloh , tok royak awal awal mu tok pehe bahaso klate . takpo takpo . kito kecek key ell deh . okey , bereh !


Stop mengarut . kita baca message yang aku dapat ni . best ah sms ni . aku suka aku suka . haha . cer teka sape sent ?? hmm , sape lagi kalau bukan sahabat sekepala aku a.k.a izzah tu ..

Mula mula aku baca , aku rasa macam .... benda ape nih . panjang kemain lagi sms kau kali nih . aku baca dua kali then baru aku faham . otak aku ni slow sikit kekadang . kekadang je okey . selalu nya cepat ah . 


Andai aku leka , sedarkanlah aku
Andai aku jatuh , bimbinglah aku
Andai aku sakit , doakan aku
Andai aku lemah , sokonglah aku

Andai aku menangis , relakan.. Jangan disuruh berhenti tapi tabahkan aku
Andai aku marah , tiupkan kesabaran dalam hatiku,, jangan terus pergi

Andai aku hilang , carilah aku setakat termampu
Andai aku harus pergi , iringilah aku dengan doamu
Andai aku sakitkan hatimu , maafkan aku
Andai aku meluahkan rasa hati , dengarilah walau kau tak memahami

Sahabat ..
Kau tetap di hati walau tak sentiasa di sisi
Aku menangis sendiri mengenang sahabat yang ku sayangi
Kerana ,,
Aku tahu kau cuba jadi yang terbaik di sisiku
Aku nak bersamamu hingga ke syurga
Aku harap ukhuwah ini mendapat keredhaan Ilahi
sememangnya ia bukan sekadar mimpi

Sahabat , jazakallah !!

p/s :: sms diatas telah diedit sedikit bahasanya .

Kalau saya jadi airmata , 
saya ingin lahir dari mata awak , 
hidup di pipi awak 
dan 
mati di bibir awak .
Tapi 
kalau awak jadi airmata saya , 
saya tak akan menangis 
sebab saya taknak kehilangan awak .

don't be sad guys ! memang susah nak jumpa sahabat yang betul betul sahabat . aku bersyukur kerana dipertemukan dengannya . aku bersyukur kerana terpilih untuk menuntut ilmu di bumi Ma'ahad Muhammadi Perempuan . Di situ , kami bertemu . bertaut kasih kerana Allah , in shaa Allah . dan sekarang .. hubungan persahabatan kami sudah 2 tahun . aku harap ukhuwah ini tak akan putus . kerana aku tak nak kehilangan kau sahabat . masih berbaki dua tahun untuk aku berada di bumi MMP . atau mungkin 3 tahun . who know kalau kalau aku ambil STAM kat MMP kan ..seriously , aku sayang ma'ahad aku tuh . sebab kat situ lar , aku kenal izzah . kat situlah aku belajar agama dengan lebih mendalam ..

so , guys ! got to go now . sebab idea aku dah pergi so , aku nak ikut dia pergi sama . byebye .
oppss lupa .. bagi salam lagi elok kan .. Assalamualaikum .. ;)