Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti henti
Terkadang juga minum berdiri
Terkadang pakai stokin mula dari kaki kiri
Terkadang aci redah main sarung kasut orang lain tanpa disedari
Muslimah itu
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun lagi
Terkadang rasa marah menguasai diri
Sampai rasa nak lempang orang without mercy
Muslimah itu
Adalah manusia biasa
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya
Yang tak lari dari melakukan kesalahan dan dosa
Kerana apa??
Kerana dia cuma manusia biasa
Apapun, yang pastinya
Muslimah itu , sentiasa bangkit bila terjatuh
sentiasa cuba gembirakan hati orang lain walau hatinya sendiri remuk
sentiasa cuba untuk improve diri
dari semasa ke semasa tanpa henti
Walau terkadang dia tersungkur
Itu bukan kerana dia lemah
Tapi kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula
Jadi kuat dari sebelumnya
Kerana dia berusaha
Untuk jadi bidadari dunia
Juga di akhirat sana
Guys , kau pernah kan rasa lemah ? aku pun sama der . rasa macam nak nangis puas puas . nak laung kuat kuat . haaa .. tapi , jangan lupa .. kita kan ada Allah . Tak kira pape pun yang menimpa kita , bersabarlah . sebab segala yang berlaku pasti ada hikmahnya .
Ujian demi ujian akan membuat mu semakin matang untuk berfikir . Tak kisah ah apa bentuk ujian pun . Yang penting jangan lupa pada yang Maha Kuasa .
apa apa , aku mintak maaf eh . aku pun manusia biasa juga . kau pun sama kan ? hehehe . 0-0 okey . kita mula dengan yang baru . mula dengan sesuatu yang luar biasa . biar semua orang terkejut tengok kita . okey?? semoga Allah bersama kita . Aku doakan kau . Kau doakan aku .
Wallahua'lam


No comments:
Post a Comment