Monday, 9 December 2013

Sahabat




Kawan .. 
saat senang kau ada ,
 tapi bila aku rebah , 
bila aku jatuh .. 
kemana kau pergi ??
kau tinggalkan aku sendirian

Aku inginkan nasihat mu
Aku perlukan kata kata semangat darimu
Tapi , kau ??
Pergi begitu sahaja
meninggalkan aku yang terlalu lemah
meninggalkan aku yang sering menitiskan air mata


Alhamdulillah , aku bernasib baik kerana dikurniakan seorang sahabat yang bagiku selalu ada untukku . Susah kan nak cari kawan yang betul betul kawan ?? tapi , bila da jumpa memang la tersangat happy . tak terkata . boleh dikatakan sahabat kita lebih tahu tentang kita . hee~


Kau ada rahsia tak ?? Kalau ada something yang kau nak luah kann ,, kau luah kat family or kawan ?? Haaa! kalau kat minat kat somebody kan ,, kau tanya pendapat kawan or siblings kau ?? Eh, jap ! kau jawab tak pe yang aku tanya tuh ?? jawab eh .. kalau tak jawab aku cubit kau . sakit tau cubitan aku ni .nak rasa ?? sorry derr , aku taknak masuk penjara sebab cubit anak orang . * buat muka bengong* ada ke yang masuk penjara sebab cubit anak orang eh ?? heee,, aku tatau ah weyy ..


Kalau aku pulak kan , aku suka luah kat diary . even diary ta leh cakap , tapi best ah tulis diary . sampaikan aku pernah menitis air mata time tulis diary tuhh . tapi nasib baik tak kena kat diary aku . aku lap cepat cepat sebab tak nak bagi my sister nampak . my sista ni jenis masuk bilik orang tak bagi salam . ketuk pun tak . main terjah je . buat nye dia nampak aku duk nangis , tak ke malu ?? kang tak pepasal dia soal siasat aku . hahahaha .. Diary aku berada di tempat yang selamat and of course tersembunyi . Jangan pulak kau nak pi selongkar bilik aku semata mata nak baca diary . jangan pernah kau cuba untuk mencurinya . * macam takde kerja je nak curi diary aku kan *


Tapi , kalau kita nak tanya pendapat ,, tak kan ah nak tanya diary kan . ho ho , aku tak pernah buat okey . haaa , kalau yang ni .. sahabat sekepala dengan aku la sasarannya . kalau kau borak borak ngan dia kan ,, hilang kau punya stress tuh . dia ni pandai der buat lawak . most important is , dia suka tegur aku . well , aku kan nakal siot . nampak je muka cantik ( bukan nak bangga tapi kenyataan . hahaha . tak leh blah betul ), perangai aku .... hmmm, biarlah rahsia .. so , nak tau sape sahabat sekepala aku uh ? her name is Nor Hafizatul Izzah . kami memang gila gila . tapi gila gila kitorang pun tak de lah sampai menyusahkan orang lain . semua happy dengan perangai kegilaan kami tuh . bhahaha ..izzaaahh ,, aku sayei mu .. kito kecek klate skali skalo takpo dop ? bereh ja deh ? ko tokleh ? hok aloh , tok royak awal awal mu tok pehe bahaso klate . takpo takpo . kito kecek key ell deh . okey , bereh !


Stop mengarut . kita baca message yang aku dapat ni . best ah sms ni . aku suka aku suka . haha . cer teka sape sent ?? hmm , sape lagi kalau bukan sahabat sekepala aku a.k.a izzah tu ..

Mula mula aku baca , aku rasa macam .... benda ape nih . panjang kemain lagi sms kau kali nih . aku baca dua kali then baru aku faham . otak aku ni slow sikit kekadang . kekadang je okey . selalu nya cepat ah . 


Andai aku leka , sedarkanlah aku
Andai aku jatuh , bimbinglah aku
Andai aku sakit , doakan aku
Andai aku lemah , sokonglah aku

Andai aku menangis , relakan.. Jangan disuruh berhenti tapi tabahkan aku
Andai aku marah , tiupkan kesabaran dalam hatiku,, jangan terus pergi

Andai aku hilang , carilah aku setakat termampu
Andai aku harus pergi , iringilah aku dengan doamu
Andai aku sakitkan hatimu , maafkan aku
Andai aku meluahkan rasa hati , dengarilah walau kau tak memahami

Sahabat ..
Kau tetap di hati walau tak sentiasa di sisi
Aku menangis sendiri mengenang sahabat yang ku sayangi
Kerana ,,
Aku tahu kau cuba jadi yang terbaik di sisiku
Aku nak bersamamu hingga ke syurga
Aku harap ukhuwah ini mendapat keredhaan Ilahi
sememangnya ia bukan sekadar mimpi

Sahabat , jazakallah !!

p/s :: sms diatas telah diedit sedikit bahasanya .

Kalau saya jadi airmata , 
saya ingin lahir dari mata awak , 
hidup di pipi awak 
dan 
mati di bibir awak .
Tapi 
kalau awak jadi airmata saya , 
saya tak akan menangis 
sebab saya taknak kehilangan awak .

don't be sad guys ! memang susah nak jumpa sahabat yang betul betul sahabat . aku bersyukur kerana dipertemukan dengannya . aku bersyukur kerana terpilih untuk menuntut ilmu di bumi Ma'ahad Muhammadi Perempuan . Di situ , kami bertemu . bertaut kasih kerana Allah , in shaa Allah . dan sekarang .. hubungan persahabatan kami sudah 2 tahun . aku harap ukhuwah ini tak akan putus . kerana aku tak nak kehilangan kau sahabat . masih berbaki dua tahun untuk aku berada di bumi MMP . atau mungkin 3 tahun . who know kalau kalau aku ambil STAM kat MMP kan ..seriously , aku sayang ma'ahad aku tuh . sebab kat situ lar , aku kenal izzah . kat situlah aku belajar agama dengan lebih mendalam ..

so , guys ! got to go now . sebab idea aku dah pergi so , aku nak ikut dia pergi sama . byebye .
oppss lupa .. bagi salam lagi elok kan .. Assalamualaikum .. ;)


No comments:

Post a Comment